Guestbook | Gallery | Downloads | Site map | Login |  active visitorsRSS
   
 
 
Alunan ASYIK
 

Disember 2011

Tips bulan ini adalah tentang berjalan, tetapi bukan maksudnya saya mencadang kepada anda untuk pergi berjalan-jalan. Maklumlah, sekarangkan musim cuti sekolah. Tips hari ini adalah tentang berjalan lain yang membantu kesihatan anda.

 

Dalam buku, Why Entrepreneurs Should Eat Bananas, penulis telah mencadangkan untuk bangun setengah jam lebih awal daripada kebiasaan untuk pergi berjalan. Dengan kata lebih mudah, bangun awal untuk melakukan senaman.

 

Menurut penulis, semua ini terjadi apabila beliau melihat fizikalnya di depan cermin dan merasakan tidak selesa dengan perkara tersebut. Badannya telah membesar dan mengelebeh pada tempat yang tidak sepatutnya. Lantas dia telah mengambil keputsan nekad. Perkara lain kekal seperti biasa, tetapi dia akan bangun awal untuk melakukan aktivi berjalan.

 

 

Penulis mula untuk berjalan sepanjang 4 kilometer setiap hari. Termasuklah melakukan beberapa perubahan kepada dietnya. Kesannya, beratnya telah berkurang sebanyak 12 kilogram dalam masa 5 minggu sahaja.

Bangun pagi dan berjalan bukan sahaja bagus untk badan, tetapi membantu memberi persediaan kepada diri anda untuk hari tersebut.Bagi saya, untuk berjalan sebanyakk 4 kilometer sehari bukanlah sesuatu aktiviti yang mudah.

Ia memerlukan komitmen yang tnggi. Jauh sebenarnya 4 kilometer tu.. (alasan saya..hehe ) Namun saya percaya, jika anda berjaya lakukannya, ia tentu memberi manfaat yang banyak kepada diri anda.

 Untuk kes saya, saya hanya melakukan aktiviti skipping sahaja apabila bangun pagi sebnayak 100 kali, iaitu tips dari Bill Cullen di mana saya percaya memberi hasil yang sama.

info dari : http://www.drinspirasi.com
 

 

 

 

 

 

 

 

 
PENGELUAR SOS PERENCAH IKAN BAKAR
Kami Juga Merupakan Pengeluar Perencah Sos Ikan Bakar. Sos Perencah Ini Sesuai Diguna Untuk Kembangkan Perniagaan Anda, Aktiviti Riadah Dan Membantu Penggemar Ikan Bakar/Seafood Menikmati Juadah Ikan Bakar/Seafood Hanya Di Rumah Tanpa Perlu Pergi Ke Restoran. Sangat Mudah :-
(1) Bakar Ikan hingga masak (Hot plate/Arang).
(2) Sapukan Sos.
(3) Sedia di makan.

>>  Read more
Archive